ZieNoordin.Blogspot.My

Wednesday, July 31, 2013

Jihad Fisabilillah



Sungguh beruntunglah orang-orang yang merindui kematian di jalan Allah (rindu untuk berjihad)
sedangkan jutaan umat dunia merindui kenikmatan dunia yang palsu dan sementara.

Beruntunglah orang yang memikirkan jihad dan istisyhad, sedangkan manusia kebanyakannya memikirkan masa depan dirinya dan tentang hal duniawiyah nya saja.

Kerana matanya celik, dia tidak terpedaya dengan kehidupan yang digambarkan Allah sebagai 'mainan dan senda gurau' dan kehidupan dunia ini juga digambar oleh Nabi sebagai 'bangkai'.

Adakah harga bangkai?

Bagaimana kita melihat bangkai?

Apa perasaan kita ketika melihat bangkai?

Zuhud itu maksudnya, mengambil dunia sekadar keperluan, dan dunia itu tidak melekat pada hatinya. Jadilah zuhud, dan jangan tamakkan dunia.



Ayat-ayat Quran yang menjelaskan kepada kita mengenai kelebihan jihad membuatkan hati kita terdorong ke arah itu.

Hadis dan sirah Nabi mengenai jihad pula menghidupkan semangat dan kecintaan kita kepada jihad.

Perjuangan mujahidin dan para syuhada yang sehingga kini masih membara apinya belum padam, membuka harapan luas kita untuk menyertainya.

Sekalipun orang-orang munafiq, dan mukhozzil sentiasa menjauhkan kita dari jihad fisabilillah.

"Dan orang-orang munafiq itu berkata: 'Janganlah kamu berangkat ke medan perang di tengah panas ini', katakanlah kepada mereka: Neraka jahannam itu lebih panas lagi"

Jihad perang merupakan hal fardhu ain yang tidak boleh dihapuskan hukumnya oleh sesiapa pun melainkan Allah sahaja, dan ulama sendiri tidak berhak menghapuskan jihad!

Orang-orang yang menyeru kearah 'berpangku tangan' dari jihad itu bukanlah orang yang selayaknya didengari fatwanya, kerana dia sendiri bukanlah ulama kerana mengkhianati perjuangan Rasulullah. Ulama itu perlu mengamalkan ilmunya, barulah dikatakan ulama, adapun orang yang menghapuskan sunnah perang Nabi itu bukan ulama.

Tambahan pula orang yang berfatwa berdasarkan kehendak thaghut.


...................................................................................................................................................................

Jauhnya telinga kita dari mendengar khabar dari medan jihad seolah-olah membuatkan kita menyangka bahawa jihad itu tidak ada melainkan hanya pada keinginan hati kita saja.

ditambahi pula apabila kita dinasihati oleh pelbagai manusia agar 'berpangku tangan' dari jihad.

Jihad itu ada, dan kamulah orang yang akan menghidupkan sunnah perang Nabi ini. Kamulah yang akan mendapat fadhilat-fadhilat jihad itu.

Oleh itu, jadikanlah jihad sebagai kenyataan, bukan hanya cita-cita saja.

hal yang membezakan orang mukmin dan orang munafiq ialah 'kesungguhan mereka dalam membuat persediaan untuk pergi berjihad'

"sekiranya mereka ingin keluar berjihad nescaya mereka akan membuat persediaan untuk itu"

sekadar angan-angan itu belum cukup, tapi biarlah angan-anganmu tinggi setinggi syurga.


dan lakukanlah persedian, tinjauan, intaian, kajian, dan atur langkah yang cermat. seterusnya laksanakan.

lihatlah kepada semangat muhammad Al-fateh,

Yang sejak kecil lagi sudah memikirkan 'bagaimana nak tawan kota kostantinopel itu?'

sejak kecil sudah fikir nak berjihad, fikir nak bawa tentera Islam berperang untuk menghapuskan kesyirikan dan gangguan terhadap Islam seterusnya menegakkan Islam.

Oleh itu, fikirlah, kajilah, buat intaian dan persediaan seperti Muhammad Al-fateh.

Sesungguhnya, tiada apa balasan untuk orang yang ikhlas ini melainkan syurga. 





No comments :

Post a Comment