ZieNoordin.Blogspot.My

Monday, May 11, 2015

Hidup Sihat Fikiran Cergas

Hidup Sihat Fikiran Cergas

Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Banyak Pandangan berkaitan dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ini.


     1.   Menjaga Pemakanan Seharian   
    Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.

    2.  Bersenam atau Beriadah

    Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.

    3.  Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran


    Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

    4.  Membuat Pemeriksaan Kesihatan

    Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.

    5.  Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan

    Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.    

 Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan untuk membolehkan kita hidup sihat.  Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat.  Oleh itu mencegah lebih baik dari mengubati.

Thursday, March 5, 2015

Thursday, January 22, 2015

Tuesday, December 2, 2014

Team Building Felda Residence Trolak & Gopeng


Assalammualaikum bloggers..

Sedikit pengalaman mengikuti team building dengan cim information technology department di Felda Residence Trolak dan probe department Addeline Villa Gopeng .. 

"Communication objective responsibilities effective"



CORE TRAINING - ADELINE VILLA GOPENG

saya disitu hehehe

Sunday, October 12, 2014

Happy Weeding for Norhaida Ismail


Assalammualaikum.. Alhamdulillah akhirnya sahabat kami dari lapan orang telah pun mendirikan istana bahagia.. Tahniah Norhaida Ismail , semoga murah rezeki, bahagia till jannah okey.. <3<3<3






Wednesday, March 5, 2014

Blank Jie for SPA examination


Assalammualaikum



Alhamdulillah seawal bulan march ni zie dapat tahu ramai kawan2 dapat panggilan SPA untuk jawatan penolong pegawai teknologi maklumat F29 dan akan hadapi peperiksaan 8 March ni..

Alhamdulillah zie pun dapat juga.. Tapi tulah persediaan tak cukup sebab zie dapat email lambat,surat pun xsampai lagi.. huhu

Mengikut pengalaman sahabat yang pernah dapat dan lalui peperiksaan ni banyak bagi nasihat supaya banyak belajar mengenai pengetahuan am.. sebab soalan ni ramai yang blur dan berkerut kening nak jawab..

Dari apa yang zie tahu untuk soalan F29 ni akan keluar lah yang berkaitan IT tapi basic2 jelah kot.. contohnya mengenai network sikit macam Topologi,LAN,WAN,MAN tu..mengenai database sikit..
lepastu SQL.. Komponen2 komputer macam Input,Process,Output.. Windows 7 tu apa..
siapa pengasas Google,Apple,Facebook tu semua kena amik tahu juga..

Kalau pengetahuan lain yang perlu sedia macam nama2 kementerian.. siapa menteri komunikasi dan multimedia,menteri sains teknologi dan inovasi.. dll isu semasa yang berlaku sekarang pon kena amik port juga..jangan terlepas pandang..

Matematik pon ada juga taw.. tapi basic math moden ting 5 jela.. orang ramai cakap senang.. cuma banyak main ayat so kena baca dan fikir baik2 cara penyelesaian tu nanti..

Masa tak cukup kalau kita fokus satu2.. kalau xdapat jawab skip je dan terus jawab soalan lain.. sebab mengikut apa yang zie cari, ramai cakap xsempat habiskan soalan sebab tak cukup masa..

Ni semua dari apa yang zie cari dan tanya kawan2 yang pernah lalui benda ni.. bukan rekaan semata2 ok.. Apa2 pon zie doakan semua sahabat2 zie yang dapat duduki peperiksaan ni semoga berjaya okey..

P/S Siapa yang bakal duduki peperiksaan ni kena alert terms-terms IT yang di Melayukan.. Dia tak kan tanya search engine tapi dia cakap enjin carian..

P/S Bawak pensil 2B dan pemadam okey.. jangan lupa :)


Saturday, March 1, 2014

Fikir fikirkan

Assalammualaikum..

   
Tajuk entri kali ni banyak memberi kesan mendalam apabila kita sendiri cuba fikir apa yang kita sering berfikir dan tentang apa yang difikirkannya.. Adakah kita memikirkan urusan dunia yang sementara lagi tidak kekal ni atau kita memikirkan sesuatu yang kekal yang bakal kita lalui suatu hari nanti.. 

Apa yang kita lihat sekarang banyak dikalangan manusia yang masing-masing sibuk dalam menguruskan sesuatu. Ada yang menguruskan sesuatu untuk dijadikan bekalan di dunia kekal kita nanti,tapi ada juga yang menguruskan disebalik itu..