ZieNoordin.Blogspot.My

Saturday, March 1, 2014

Fikir fikirkan

Assalammualaikum..

   
Tajuk entri kali ni banyak memberi kesan mendalam apabila kita sendiri cuba fikir apa yang kita sering berfikir dan tentang apa yang difikirkannya.. Adakah kita memikirkan urusan dunia yang sementara lagi tidak kekal ni atau kita memikirkan sesuatu yang kekal yang bakal kita lalui suatu hari nanti.. 

Apa yang kita lihat sekarang banyak dikalangan manusia yang masing-masing sibuk dalam menguruskan sesuatu. Ada yang menguruskan sesuatu untuk dijadikan bekalan di dunia kekal kita nanti,tapi ada juga yang menguruskan disebalik itu..


Subahannallah..

Rasa gementar dan takut inilah yang membuatkan kita sentiasa dekat dengan maha pencipta.. 
Alangkah ruginya mereka yang menghabiskan masa hidupnya hanya untuk dunia sementara sedangkan dunia kekal sedang menanti kita..


Pernahkah kita fikir, macam mana rupa kita apabila mati? macam mana bau kita apabila mati? macam mana berat kita ketika mati? macam mana keadaan kubur kita? macam mana keadaan kita dalam kegelapan? bagaimana kita menjawab soalan-soalan disana? dan macam mana cara kita mati.. Adakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya? adakah kita mati dalam keadaan yang lalai? atau kita mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT..

Subahannallah..

Sesungguhnya apa yang berlaku pada kita harini penuh dengan nikmat yang Allah beri.. Dengan nikmat itulah kita guna untuk manjaga menilai ke jalan yang diredhai..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. Semoga keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Subahannallah..

Semoga kita sentiasa semua berada dijalan yang benar dan semoga kita memanfaatkan permikiran, penilaian serta hidup kita hanya kerana Allah SWT.. In Sya Allah




No comments :

Post a Comment