ZieNoordin.Blogspot.My

Saturday, July 27, 2013

Alhamdulillah yang ke 22

Alhamdulillah tahun ni 2013, 27 julai tibanya hari kelahiran yang ke 22 tahun.. Insyallah semoga semua perjalanan hidup berjalan dengan lancar sentiasa dalam keredhaan.. Terima kasih kepada sahabat yang telah memberi ucapan serta doa yang tulus.. Terima kasih juga kepada ahli keluarga yang turut memberi ucapan.. 




Harapan serta doa istimewa untuk hari kelahiran tahun ni : 


"Harapan dikurniakan umur yang bermanfaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
Keluarga yang membahagiakan,
jodoh yang baik,
hidup yang dirahmati dunia dan akhirat.. Insyaallah"


Insyaallah umur yang dikurniakan ni  menjadikan diri ini sentiasa dalam keadaan baik dan sihat..

Kepada semua pembaca , selamat menjalani bulan puasa dan selamat menyambut bulan syawal :)




Tuesday, July 9, 2013

Nasihat Rasulullah SAW ketika bulan Ramadhan

Nasihat Rasulullah SAW ketika bulan Ramadhan


  1. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan syiyam dan membaca kitab-Nya.
  2. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin.

Monday, July 1, 2013

4 perkara yang dapat menyebabkan hidup terasa SEMPIT..

Assalamualaikum w.b.t..

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



1. Tidak suka terhadap qada' dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.
2. Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat.

... katakanlah: "Hal itu adalah akibat sikap diri kalian... (Ali 'Imran : 165)
... semua itu akibat sikap perbuatan kalian... (As-Syura : 30)

3. Dengki kepada manusia, suka balas dendam, dan iri hati terhadap kurnia yang diberi Allah kepada seseorang.

... Apakah mereka iri hati kepada orang yang telah diberi kurnia oleh Allah? (An-Nisa' : 54)
... Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak ada ketenangan bagi orang yang suka mendengki."

4. Berpaling dari peringatan Allah.

... maka sungguh baginya penghidupan yang sempit. (Thaha :124)

Tiga eleman penting:

1. Pemikiran
2. Perasaan
3. Tingkahlaku

Perubahan sikap adalah satu tuntutan. Ia perlu untuk mencapai kecemerlangan hidup. Prioriti harus diletakkan bagi ketiga-tiga eleman sikap. Sikap sambil lewa dan hanya memberatkan salah satu aspek atau elemen sahaja bukanlah pelengkap kepada perubahan sikap. Sikap boleh diubah oleh diri kita.

Semoga kita dapat elakkan diri daripada melakukan kesilapan. Insyaallah =)





Thursday, June 27, 2013

Scam Nigeria


AWAS PEMBELI SECARA ONLINE DARI WARGA NIGERIA!!!



Pada kali ini saya nak kongsikan mengenai salah satu perkara yang kerap terjadi kepada penjual barangan gadgetdi mudah.my dari pembeli yang berada di Nigeria. Baru-baru nie, seorang rakan saya juga mengalami perkara yang sama. Saya dapati,taktik mereka tidak banyak berubah dan mereka suka mencari para penjual yang baru.
Di sini saya akan huraikan modus operandi yang biasa digunakan oleh mereka:



  • Mereka akan hubungi kita melalui email dan menawarkan pada harga yang luar biasa tinggi atau pada kuantiti yang besar.
  • Selepas beberapa siri rundingan di email,mereka akan meminta kita hantarkan maklumat pembayaran seperti no.akaun bank serta nama.
  • Selepas itu,mereka akan hantarkan satu “bukti pembayaran” biasanya dalam bentuk  “screen shot” atau resit rasmi dari bank.Bank-bank pilihan mereka biasanya dari Bank Of America dan pelbagai bank terkemuka dari U.S

Thursday, May 30, 2013

SURAH AL-KAHFI


Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

"Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi)."

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Friday, April 26, 2013

SEKUJUR BADAN






Setiap insan pastikan merasa 
Saat perpisahan terakhir 
Dunia yang fana akan ditinggalkan 
Hanya amalan yang akan dibawa 

Terdengar sayup surah dibaca 
Sayu alunan suara 
Cemas di dada lemah tak bermaya 
Terbuka hijap di depan mata