ZieNoordin.Blogspot.My

Thursday, June 27, 2013

Scam Nigeria


AWAS PEMBELI SECARA ONLINE DARI WARGA NIGERIA!!!



Pada kali ini saya nak kongsikan mengenai salah satu perkara yang kerap terjadi kepada penjual barangan gadgetdi mudah.my dari pembeli yang berada di Nigeria. Baru-baru nie, seorang rakan saya juga mengalami perkara yang sama. Saya dapati,taktik mereka tidak banyak berubah dan mereka suka mencari para penjual yang baru.
Di sini saya akan huraikan modus operandi yang biasa digunakan oleh mereka:



  • Mereka akan hubungi kita melalui email dan menawarkan pada harga yang luar biasa tinggi atau pada kuantiti yang besar.
  • Selepas beberapa siri rundingan di email,mereka akan meminta kita hantarkan maklumat pembayaran seperti no.akaun bank serta nama.
  • Selepas itu,mereka akan hantarkan satu “bukti pembayaran” biasanya dalam bentuk  “screen shot” atau resit rasmi dari bank.Bank-bank pilihan mereka biasanya dari Bank Of America dan pelbagai bank terkemuka dari U.S
  • Selepas itu mereka akan meminta kita menghantar barangan ke alamat yang telah diberikan dan mereka akan minta “tracking number” bagi parcel tersebut.Biasanya mereka akan suruh kita gunakan DHL.
  • Selepas kita hantarkan barang tersebut,payment yang ditunggu tidak akan masuk dan apabila disemak dengan DHL,di dapati barangan tersebut telah “sangkut” di kastam bahagian Nigeria. 
  • Apabila kita menhubungi pembeli,mereka kata barang tidak diterima dan mereka telah membatalkan pembayaran.
  • Jika kita belum hantar barang, mereka akan desak kita supaya gantikan wang mereka kemudian membuat report dari pihak FBI sana, dan pihak FBI akan mengahantar email untuk memberi amaran kepada kita ,kalau kita tidak siasat dahulu, kemungkinan besar kita akan terpedaya kerana takut kan tengok perkataan fbi tu.



Mereka ada kemahiran untuk meniru laman web bank-bank terkemuka dunia. .

Dibawah nie merupakan email yang dihantar oleh pihak bank ( Citybank of Englad )









Bila kita tengok email macam ni kita boleh mudah terpedaya, jadi pada yang diluar sana hati-hati lah dalam membuat segala pengurusan dengan warga hitam ni =)

Dibawah ni pulak, email dari pihak FBI sana untuk pemberitahuan atara kerumitan yang berlaku antara pembeli dengan penjual. Email ni dapat masa kawan saya hendak membatalkan penjualan tersebut dan tidak akan menghantar barang.

Email pertama : Federal Bureau Of Investigation Agency® <FBI.AGENCY@copmail.com>




Email kedua : Federal Bureau Of Investigation Agency® <FBI.AGENCY@copmail.com>




Mesti korang akan rasa gentar bila dapat email macam nie, tapi untuk pengetahuan korang ,tengok email diorang cap ayam @copmail.com mana ada FBI guna email macam tu.. FBI ni international, diorang tidak akan hantar email melainkan dia akan setelkan dengan polis Interpol.

Ni Alamat isteri hitam ni iaitu (Kareem Kasali) 

< k.kasali001@yahoo.com>

Ayo Tobi
No 22 Sanusi Street Coca Cola,
Ibadan, Oyo State, 
23402 Nigeria


Yang bawah ni pulak saya jumpa  orang lain punya kes yang sama :


Korang perhatikan ALAMAT  yang diterima oleh mangsa diatas ni lebih kurang sama dengan ALAMAT yang diterima oleh kawan saya ..  Alamat dekat2 pulak ..Rumah sebelah2 ke?? jiran ??  Xlogiik kan???? so hati-hati kepada semua penjual online ye =)

No comments :

Post a Comment