ZieNoordin.Blogspot.My

Sunday, May 22, 2011

Erti persahabatan



Di dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan, selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda.
sahabat adalah seseorang yang sentiasa bersama kita selain ibu bapa ..mereka merupakan contoh ataupun teman kita pada setiap masa..

Apakah ciri2 sahabat yang baik ?





Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
  •   Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  •  Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  •  Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau  menyebut kebaikan kamu
  •  Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  •  Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  •  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  •  Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
  •  Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan


No comments :

Post a Comment